JENIS-JENIS KAYAK

Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Namun begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini terdapat beberapa jenis kayak yang selalu digunakan dalam pelbagai bentuk.

1. Kayak jenis Creek Boat



Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru meceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah dikendalikan.


2. Kayak jenis Polo


Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannnya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga digunakan oleh pemain polo berkayak.


3. Kayak jenis inflatable


Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.


4. Kayak jenis Squirt


Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam. 


5. Kayak jenis Sprint

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.


6. Kayak jenis Slalom



Kayak Slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini ialah 6 meter dan dibentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.


7. Kayak jenis Downriver


Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.


8. Kayak sea

Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, selain itu kayak ini mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. Di belakang kayak pula terdapat alat kemudi.


9. Kayak Sit on Topp

Kayak jenis ini lambat bergerak dan juga sukar di kemudikan. Selain itu, kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling (Eksimo Roll). Kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.










Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING