JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING
1. JENIS-JENIS ORIENTEERING
I. Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya,
apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini –
orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam
acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan
menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah
satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini
biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai
untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang
hampir sama.
II.
Orienteering
Bermarkah (Score Orienteering)
Di
dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan
di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada
jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana
titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan
biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan
penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering
bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa
banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai
untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak
melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak
mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam
keadaan masa yang terhad.
III.
Orienteering
Jalan Raya (Street Orienteering)
Walau
pun dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di
jalan raya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan. Penanda
kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau
maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan
sebagainya.
IV. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering
ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh.
Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam
keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini
memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi
memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan
daya keyakinan yang mantap.
V. Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan
jarak landasan yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang
terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda
kawalan.
VI. Orienteering Berganti-ganti (Relay
Orienteering)
Acara
ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli
dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan
sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di
dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
VII. Norwegian
Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.
2. KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING
- Sukan untuk semua
- Meningkatkan kecergasan fizikal
- Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
- Memberi cabaran & keseronokan
- Membina sikap positif & keyakinan diri
- Menggunakan persekitaran yang sihat
- Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
- Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
Comments
Post a Comment