TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING
10.1 Titik kawalan (Control point)
·
Titik kawaalan adalah suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan
diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
· Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semulajadi atau buatan manusia di
mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat atau telah dilukiskan di dalam peta
yang akan digunakan.
·
Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga
dititik ini.
10.2 Penanda Kawalan
(Control Marker)
·
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
· Suatu objek yang diperbuat
daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
· Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang
unik. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang
betul. Setiap penebuk yang juga unik ini adalah digunakan untuk menebuk kad
kawalan setiap peserta.
· Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai
No. Kod Kawalan.
10.3 Kad Kawalan
(Control Card)
· Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
· Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat
untuk dicatatkan masa penamat.
10.4 Peta Utama
(Master Map)
· Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan (course) yang akan
digunakan oleh para peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta
peserta sebaik sahaja tiba masa untuk memulakan acara.
· Ia merupakan peta yang telah ditandakan dengan landasan dan
disertakan dengan keterangan kawalan.
· Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
10.5 Keterangan
Kawalan (Control Description)
·
Keterangan kawalan adalah satu senarai titik-titik kawalan yang
terdapat di dalam sesuatu landasan. Di dalam senarai ini terdapat butiran siri
titik kawalan, kod kawalan dan keterangan ringkas mengenai kawalan tersebut.
·
Keterangan untuk setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas
mengenai apakah ciri yang terdapat disesuatu kawalan itu.
· Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
Contoh Keterangan Kawalan (Control Description)
10.6 Landasan
(Course)
·
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis
diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
·
Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan
tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Contoh tanda yang berkenaan landasan,
Garisan lurus yang dilukis
menghubungi setiap titik adalah sebagai panduan arah pergerakan kepada peserta.
Walau bagai mana pun, adalah terpulang kepada peserta untuk menentukan
pergerakkannya samada akan mengikuti arah garisan tersebut (ini bermakna
mengikut arah kompas sepenuhnya) atau menggunakan laluan lain yang difikirkan
lebih mudah dan pantas.
Jarak sesuatu landasan adalah dikira
dari titik permulaan melalui kesemua titik-titik kawalan mengikut garisan lurus
yang telah dilukiskan sehinggalah ke titik penamat, di mana ukuran dari satu
titik penamat, di mana ukuran dari satu titik ke satu titik yang lain dibuat
adri tengah-tengah setiap tanda.
10.7 Kompas
(Compass)
·
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
·
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
Comments
Post a Comment