Posts

Showing posts with the label ORIENTEERING

PENGENALAN ORIENTEERING

       Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.       Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan ang...

SEJARAH PERKEMBANGAN ORIENTEERING

Image
I.  Sejarah Perkembangan Orienteering Global       Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunakan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permu...

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

1. JENIS-JENIS ORIENTEERING I.           Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering) Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.   II.        Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)  Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta...

TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING

Image
             10.1     Titik kawalan (Control point) ·          Titik kawaalan adalah suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. ·          Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semulajadi atau buatan manusia di mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat atau telah dilukiskan di dalam peta yang akan digunakan. ·          Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.               10.2     Penanda Kawalan (Control Marker) ·          Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. ·      Suatu objek yang diperbuat   daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan d...

PETA

Image
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, 4 skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. I.      Jenis-Jenis Peta Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :           Peta topo           Peta panduan jalanraya           Peta khusus           Atlas           Peta imejan satelit           Peta orienteering   II.      Kandungan Peta Orienteering          Tajuk peta           Arah Utara           Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000         ...

BENTUK MUKA BUMI

Image
          Bentuk muka bumi boleh dikenalpasti melalui garisan kontur di dalam peta orienteering. Garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk menggambarkan keadaan rupabumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi – bukit,gunung dan sebagainya.           Memahami kontur merupakan kunci kepada navigasi yang baik dan adalah penting jika seseorang ingin menjadi orienteer yang cekap. Cara yang terbaik untuk memahami kountur adalah dengan cara praktikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta. Selain pentingnya perlu mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana kadangkala ciri-ciri ini digunakan sebagai titk kawalan, ia juga turut membantu peserta untuk merancang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu.      ...

KOMPAS

Image
          Kompas merupakan alat kedua terpenting yang digunakan di dalam sukan orienteering selain dari peta. Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.         Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik. I.     JENIS-JENIS KOMPAS Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah : Kompas Tentera Kompas Orienteering Kompas orienteering pula terdapat dalam berba...

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

Image
I.      Teknik melaras peta Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan arah pergerakan. Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-          Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi           Menggunakan kompas II.      Teknik susur tangan Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails). Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri berkenaan. III.      Teknik titik sasaran Titi...