TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING
I. Teknik melaras
peta
Langkah pertama yang harus diketahui
adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk
membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan dengan kedudukan
pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan arah
pergerakan.
Terdapat dua cara untuk melaras
Utara peta iaitu :-
- Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi
- Menggunakan kompas
II. Teknik susur tangan
- Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).
- Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri berkenaan.
- Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung atau penjuru pagar dan sebagainya.
- Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur tangan.
Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat.
- Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.
- Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
- Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat.
- Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah dilalui dan semak dalam peta.
- Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
- Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.
V. Pembatalan penyertaan
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila berlakunya perkara-perkara seperti berikut :-
- Gagal memulangkan kad kawalan.
- Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
- Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
- Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
- Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
- Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
- Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
- Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.
VI. Prosidur Menyertai Acara
Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.
VII. Pendaftaran/permulaan
- Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
- Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
- Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama dan seterusnya. Di garisan Penamat
- Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamat akan dicatatkan pada kad anda.
- Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
- Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang hilang.
Comments
Post a Comment