BENTUK MUKA BUMI

        Bentuk muka bumi boleh dikenalpasti melalui garisan kontur di dalam peta orienteering. Garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk menggambarkan keadaan rupabumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi – bukit,gunung dan sebagainya.

        Memahami kontur merupakan kunci kepada navigasi yang baik dan adalah penting jika seseorang ingin menjadi orienteer yang cekap. Cara yang terbaik untuk memahami kountur adalah dengan cara praktikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta. Selain pentingnya perlu mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana kadangkala ciri-ciri ini digunakan sebagai titk kawalan, ia juga turut membantu peserta untuk merancang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu.

        Berikut adalah beberapa contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya.


a. Susuh Bukit (Spur)

Susuh bukit merupakan sebahagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi.

b. Ceruk (Re –entrant)

Ceruk adalah berlawanan susuh bukit di mana ia adalah sebahagian tanah yang melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Pada kebiasaannya aliran air dari tanah tinggi melalui kawasan ini.

c. Permatang

Permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi.

d. Knol

Knol adalah suatu bukit kecil yang boleh dilihat dengan jelas di mana-mana dataran samada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi.


            Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan cerun sesuatu tanah tinggi. Garisan-garisan yang rapat menggambarkan sesuatu cerun yang curam, manakala garisan-garisan yang renggang menggambarkan sesuatu cerun yang landai.


   




Comments

Popular posts from this blog

TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING