DISIPLIN KEPELBAGAIAN AKTIVITI KAYAK

 I.    Disiplin Kayak : Kayak Perlumbaan Pecut (Canoe Sprint Racing)


    Kayak perlumbaan pecut berlangsung di jalan air yang rata dan perlumbaan dipertandingkan oleh dua jenis kapal iaitu canoe (C) dan kayak (K). Dalam canoe, pengayuh bersaing dalam posisi melangkah menggunakan ‘single-blade paddle’, berbeza dengan ‘double-bladed paddle’ yang digunakan dalam posisi duduk di kayak.

    Di peringkat antarabangsa, ianya dipertandingkan dengan empat jarak iaitu dari 200m hingga 5000m, baik secara individu dan dalam pasukan. Setiap disiplin dikategorikan mengikut jenis kapal, jumlah pesaing dalam sebuah kapal, jantina, dan jarak perlumbaan.

    Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.


II.    Disiplin Kayak : Slalom



    Slalom adalah acara masa di mana pesaing menavigasi melalui air putih dengan melalui gabungan gerbang hulu dan hilir. Setiap perjalanan adalah berbeza tetapi panjangnya maksimum sejauh 300 meter dan terdapat maksimum 25 gerbang dengan minimum enam gerbang hulu. Jenis gerbang ditentukan mengikut warna. Warna merah untuk hulu dan warna hijau untuk hilir.

    Perjalanan dirancang agar atlet dapat menyelesaikannya dalam masa antara 90 hingga 110 saat. Terdapat penalti waktu yang akan dikenakan sekiranya atlet menyentuh pintu gerbang (penalti selama dua saat) dan kehilangan pintu gerbang (penalty selama 50 saat).

    Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.


III.    Disiplin Kayak : Kayak Arus Deras (Wildwater)


    Kayak arus deras adalah acara masa yang terdiri daripada dua bentuk perlumbaan iaitu perlumbaan klasik dan juga pecut. Ketika sukan ini dimulakan, hanya format jarak jauh (sekarang dikenali sebagai klasik) sahaja yang digunakan sehingga kemudiannya versi pecut yang lebih diperkenalkan.

    Kayak arus deras mengandungi kelas dua hingga kelas empat, dengan kursus klasik yang bervariasi antara tiga hingga enam batu (10 hingga 60 minit) dan kursus pecut antara 200 hingga 600 meter (satu minit). Beberapa pengayuh mengkhususkan antara dua format, tetapi majority pengayuh bersaing di kedua format.

    Kayak arus deras adalah persaingan disiplin kayak yang kompetitif di mana kayak atau kano digunakan untuk menavigasi sungai dengan laju dan cepat. Ia juga disebut "Whitewater racing" atau "Downriver racing". Ianya menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak.


IV.    Disiplin Kayak : Kayak Polo (Canoe Polo)


    Kayak Polo dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima pemain di padang permainan segi empat tepat yang berada di perairan terbuka atau di kolam renang. Perlawanan berlangsung selama dua babak permainan selama 10 minit dengan tujuan untuk menjaringkan gol yang terapung di atas air di setiap penghujung padang.

    Bola yang digunakan di dalam kayak polo sama seperti yang digunakan dalam polo air, dan ianya dapat dikendalikan dengan tangan atau dengan menggunakan dayung. Sekiranya perlawanan berakhir seri, ‘golden goal’ akan berlaku di mana pasukan seterusnya yang menjaringkan gol akan dinobat sebagai pemenang.

    Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga digunakan oleh pemain polo berkayak.








Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS KAYAK

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK