DISIPLIN KEPELBAGAIAN SUKAN ORIENTEERING

I.    Disiplin Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)

            Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering   merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

 

II.    Disiplin Orienteering Bermarkah (Score orienteering)

            Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.

 

            Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.

 

III.    Disiplin Orienteering Bukit (Mountain orienteering)

            Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.

 

IV.    Disiplin Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)

            Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

JENIS-JENIS KAYAK