KOMPAS
Kompas merupakan alat kedua terpenting yang digunakan di dalam sukan orienteering selain dari peta. Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Jenis kompas yang
digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka
sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik
keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis
ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak
dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul
ialah satu jarum magnetik.
I. JENIS-JENIS KOMPAS
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :
- Kompas Tentera
- Kompas Orienteering
- Kompas Marin
- Kompas Kiblat
- Kompas Digital
II. KEGUNAAN KOMPAS ORIENTEERING
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut :
- Menentukan arah perjalanan
- Menyelaraskan peta
- Mengira jarak jauh
- Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
- Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan
bersama peta)
III. ANATOMI KOMPAS ORIENTEERING
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu :
Plat tapak yang lut sinar
- Perumah kompas yang boleh berputar
- Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
Comments
Post a Comment