PENGENALAN ORIENTEERING
Orienteering
ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari
satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan
kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah
dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas
peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering
bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara
sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun
(tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko
tersendiri.
Di samping menggunakan
kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan
arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul
kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang
terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari
dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang
dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir
terus ke kuala atau laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah
tiupan angin.
Comments
Post a Comment