PERALATAN (ANATOMI KAYAK)

Kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya. Setiap kayak juga mempunyai bahagian- bahagian tersendiri namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.  Setiap kayak ada keistimewaannya tersendiri.




  • Bow dan Stern (hadapan dan belakang kayak yang berbentuk tajam)

-              Bow ialah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang.

-              Bahagian ini ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.

-              Ia berfungsi untuk memecah ombak dan juga menjadi panduan arah tujuan kayak.

 

  • Hull/Dinding Lantai (geladak bahagian bawah kayak)

-              Mempunyai bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis dan kegunaan kayak tersebut.

 

  • Deck/Geladak Atas (dinding bahagian atas – Cockpit)

-              Ia berfungsi untuk menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung.

-              Deck hadapan dipanggil foredeck.

-              Deck belakang dipaggil afterdeck.

 

  • Cockpit (dibentuk untuk pendayung kayak)

-              Kedudukan Cockpit ini berbeza-beza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.

-             Seat (terletak dalam Cockpit)

-              Ia terbahagi dalam beberapa jenis iaitu:

a)            standard (bentuk dan ukuran tetap)

b)            tempat duduk sederhana (untuk rekreasi)

c)            tempat duduk ketat (untuk arus deras)

d)            tempat duduk untuk pertandingan

 

  • Toggle

-              Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak.

-              Ia terletak di bahagian hadapan (Bow) dan bahagian belakang (Stern).

 

  • Coaming (bahagian tepi kecil dan mengelilingi Cockpit)

-              Ia berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

 

  • Knee Brace (dibawah Coaming)

-              Berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya pendayung lebih kuat terhadap perahu.

 

  • Towline/Deckline

-              Townline/deckline ialah tali yang diikatkan di hujung hadapan kayak (bow) dan bahagian                belakang (stern).

-              Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).

 

  • Keel (dibawah geledak belakang)

-              Ia berfungsi sebagai kemudi.

 

  • Buoyancy

-              Bahan apungan yang terletak di bawah deck bahagian hadapan (bow) dan deck bahagian belakang (stern)

-              Ia berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

 

  • Footrest (terletak di bahagian Foredeck)

-              Ia berfungsi sebagai tempat meletak kaki.

-              Bentuknya terdiri dari:

                a)            Bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan).

                b)            Paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara sebelah kiri dengan kanan).

                c)            Bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bahagian haluan (bow).


  • Deck Eye/Eye Cleat

-              Lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.

 

  • Eye pit

-              Lubang yang terletak di hadapan (bow) dan belakang (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

 

  • Hatch (lubang penutup di bahagian hadapan dan belakang deck)

-              Ia berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

 

  • Back Strap (diletak pada bahagian tempat duduk belakang)

-              Ia berbentuk getah dan berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.


Gambar rajah anatomi kayak.







Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS KAYAK

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK