PERALATAN (ANATOMI PADDLE)

Pendayung juga mempunyai anatominya tersendiri dan terdapat fungsi-fungsi untuk melancarkan pergerakan dayungan. Pendayung juga mempunyai pecahan setiap bahagiannya.


 Blade (Bilah mata dayung)

-          Kepingan yang berada di hujung batang dayung.

-          Ia berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

-          Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.

 

Tip (pelindung mata dayung)

-          Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.

-          Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.

 

Shaft/ Loom/Bar (batang tengah pendayung)

-          Ia berbentuk lurus dan merupakan bahagian pemegang pendayung.

 

Neck (leher pendayung)

-          Bahagian pencantuman antara Blade dan Shaft.

 

Drip Ring (bulatan getah)

-          Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah.

-          Terletak berhampiran dengan Neck.

-          Ia berfungsi untuk menghalang air dari Blade mengalir ke Shaft serta membasahi tangan pendayung.

-          Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring.

 

Front of Blade (permukaan dayung)

-          Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

 

Back of Blade (belakang dayung)

-          Bahagian belakang muka dayung yang berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

 

Bahan Buatan Pendayung

-          Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis.

-          Setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.

-          Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada:

a)       Kayu

b)       Playwood (kayu lapis)

c)       Fibreglass (gantian kaca)

d)       Carbon/Kevlar

e)       Plastik



Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS KAYAK

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK