PERBEZAAN KAYAK DAN KANU

 I.    Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu. Kanu merujuk kepada sejenis kenderaan yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh, kanu ialah sampan yang digunakan oleh Kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. 


II.    Perbezaan Kayak Dan Kanu



III.    Kategori Kayak

  • Sea Kayak (KAYAK LAUT)
Direka khusus untuk aktiviti kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas. 

  • Whitewater kayak.
Menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak.

  • Kayak hancur ombak atau surf skis.
Direka khas lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak.

  • Kayak jenis perlumbaan.
Menampilkan rekaan yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan.



Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS KAYAK

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK