SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK
I. SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK GLOBAL.
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia meliputi air. Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakkan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu.
Penghuni-penghuni Artik pua mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumbe kulit dan tulang darimikan paus dan anjing laut. Oleh itu mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan tersebut dipanggil Inuit ataupun Kayak Eksimo. Ketiga- tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakkan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri diatas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
Akhir sekali, John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering menggembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau peroleh ialah tentang bagaimana orang Eksimo membina dan mengendalikan kayak mereka.
II. SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK MODEN.
Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah hampir kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ciptaanya ini. Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British.
7 tahun kemudian, kelab ini telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak. Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak seluruh England dan dunia. Selepas perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi persekutuan kanu yang terkenal dan terulung di dunia. Sejarah kayak moden bermula ekitar 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya tertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja.
Akhir sekali, aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 dimana acara perut telah diperkenalkan sebagai acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukkan disukan Olimpik ke VII di Paris. Dua belas tahun kemudinnya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, kejohanan slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva. Awal tahun 60an pula menyasikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingan sukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfing hinggalah ke acara ‘rodeo’.
Comments
Post a Comment