SEJARAH PERKEMBANGAN ORIENTEERING

I. Sejarah Perkembangan Orienteering Global

     Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunakan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai. Contohnya cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan.

 

    Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum mencapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk muka bumi yang lebih mencabar.


II. Sejarah Perkembangan Orienteering Moden

    Sejarah awal orienteering moden bermula pada tahun 1918. Major Ernst  Killander, Presiden “Stockholm Amateur Athletic Association”, beliau melibatkan diri dalam latihan pembangunan atlet remaja dalam acara trek dan padang dan pada ketika itu acara trek dan padang tidak mendapat sambutan dikalangan remaja.  Bertitik tolak dari senario itu beliau memikir bagaimana untuk mengabungkan alam semujadi dan aktiviti larian di Sweden. Beliau telah memperkenalkan satu aktiviti merentas desa yang berunsur pertandingan. Dimana para peserta dikehendaki memilih laluan sendiri dengan berpandukan peta dan kompas. Dengan aktiviti yang diperkenalkan ini Major Ernst Killander boleh di anggap sebagai   Bapa kepada aktiviti Orienteering (Father of Orienteering). Sekitar tahun 1930, sukan orienteering sudah mendapat tempat dan popular di Sweden, Norway dan juga Finland. Badan antarabangsa yang pertama yang bertanggungjawab mengembang aktiviti ini dikenali sebagai “Nordic Committee for Orienteering” 1946, 1961 satu mesyuarat untuk menubuhkan “International Orienteering Federation (IOF)” telah dijalankan di Copenhagen. Melalui persetujuan mesyuarat tersebut 10 negara pertama yang menjadi pengasas kepada tertubuhnya IOF. Negara yang terlibat adalah seperti Bulgaria, Czechoslovakia, Denmark, Germany Timur, Finland, Hungary, Norway, Sweden, Switzerland dan Germany Barat. Kejohanan pertama dilangsungkan di Eropah yang diadakan di Loten, Norway dalam tahun 1962. Dalam tahun 1966, Kejuaraan Orintering dunia yang pertama telah diadakan di Finland.



III. Sejarah Perkembangan Orienteering di Malaysia
        
        Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) pada tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wilayah Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orientering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Cawangan Pulau Pinang dan MOA Cawangan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

JENIS-JENIS KAYAK