TEKNIK ASAS DAYUNGAN

 I.    Menentukan Saiz Pendayung (Paddle) Yang Sesuai

    Dalam aktiviti berkayak ini terdapat banyak peralatan yang penting dan antara salah satunya ialah dayung kayak. Tidak dinafikan saiz pendayung amat penting bagi seseorang itu dalam melakukan aktiviti kayak. Hal ini kerana, kita harus menentukan saiz yang bersesuian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak dilakukan. Dalam menetukan saiz, pendayung mestilah sesuai dengan ketinggian seseorang itu dan perlu berdiri tegak sambil letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah. Saiz panjang dayung yang umum digunakan dalam bot kayak yang lebih luas dan stabil kebiasaannya antara 230 sentimeter hingga 240 sentimeter. Manakala, untuk bot kayak yang lebih sempit, kebiasaannya saiz pendayung antara 220 sentimeter hingga 230 sentimeter. Seterusnya, bagi bot kayak untuk aktiviti di laut yang hanya purata panjang antara 19 inci hingga 23 inci ini menggunakan pendayung yang bersaiz antara 210 sentimeter sehingga 220 sentimeter sahaja. Namum, harus diingat bahan pendayung (paddle) juga mampu mempengaruhi perbezaan yang besar dalam ketahanan dan prestasi semasa melakukan aktiviti kayak.



II.    Teknik Dayungan Asas

    Dalam melakukan aktiviti berkayak ini, terdapat juga beberapa teknik dayungan asas semasa berkayak. Antaranya ialah dayungan ke hadapan iaitu dipanggil (forward stroke). Badan perlulah bengkok ke hadapan sedikit, bahagian kanan badan digerakkan kehadapan dan jangkau mata pendayung sejauh yang mampu dan benamkan mata pendayung dalam air. Seterusnya, gerakkan bahagian badan kanan ke belakang dan tangan kanan tarik mata dayung ke belakang. Tarik pendayung sampai ke sisi pinggang. Akhir sekali, keluarkan mata dayung dari air, pergelangan tangan kanan putar batang pendayung ke atas agar menghadap air. Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air dan tolak air.

    Manakala, bagi teknik asas dayungan mengundur pula iaitu dipanggil (backward stroke). Pusingkan badan kanan ke arah stern dan jangkau sejauh yang mampu sambil benamkan mata pendayung ke dalam air. Tolak mata dayung ke hadapan bahagian kiri dan kanan secara berulang kali.

    Bagi asas dayungan untuk berhenti pula, kayak yang bergerak ke hadapan perlulah dayungkan secara mengundur dengan pantas dan bagi kayak yang bergerak ke belakang perlulah mendayung ke hadapan juga dengan pantas bagi memberhentikan bot kayak.

Comments

Popular posts from this blog

TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING