TEKNIK PENYELAMAT DI AIR

 Teknik Menyelamat Di Air (Kayak)


            Dalam teknik menyelamat semasa berkayak terdapat pelbagai cara dan panduan yang boleh dipraktikan bertujuan untuk menyelamat mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya dari perkara yang tidak diingini. Penyelamat harus menilai dari aspek-aspek persekitaran sebelum memasuki air. Antaranya dari aspek penilaian seperti kesedaran terhadap kebolehan fizikal diri sendiri, bantuan yang akan diperolehi, pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa dan keadaan persekitran. Selain daripada itu, aspek keadaan air, jenis dasar air dan keadaan mangsa juga penting dalam teknik menyelamat mangsa.

            Antara kaedah bagi menyelamat mangsa tanpa masuk ke dalam air ialah dengan cara badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin apabila tindakan menarik mangsa yang dalam keadaan yang sukar untuk berenang. Antara alatan yang boleh digunakan untuk menarik mangsa ke tempat yang selamat adalah dengan alat yang keras seperti batang besi atau bahan yang tidak tegar dan keras seperti baju dan tuala mandi. Kemudian, pastikan mangsa dalam keadaan terkawal dan tindakan sewajarkan hendaklah dilakukan seperti memberi bantuan perubatan awal dengan cara menenangkan mangsa, memberi alat bantuan penafasan (CPR) dan sebagainya supaya keadaan mangsa dalam keaadaan terkawal. Akhir sekali, tindakan susulan seperti rawatan perubatan atau rawatan kecemasan harus diambil jika perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap keadaan mangsa.

            Selain daripada itu, kaedah bagi menyelamat masuk ke dalam air pula ialah memastikan keadaan sekeliling selamat dan penyelamat akan berenang menghampiri mangsa dan membawa alat yang boleh terapung didalam air. Penyelamat akan mencapai dan menarik mangsa secara perlahan-lahan menghampirinya. Lalu, penyelamat perlu meletakan alat terapung ke badan mangsa untuk memudah mengapungkan dan membawa mangsa ke tempat yang selamat. Seterusnya, setelah membawa mangsa ke darat, penyelamat harus memeriksa mangsa sama ada bernafas atau tidak. Tindakan seterusnya ialah tindakan kecemasan dan perubatan yang harus diambil terhadap mangsa supaya mangsa dalam keadaan selamat dan terkawal.



Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK-TEKNIK ASAS ORIENTEERING

JENIS-JENIS DAN KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

JENIS-JENIS KAYAK