Posts

KESELAMATAN BERKAYAK

Image
 I.     Punca Kemalangan l   Tidak memakai jaket keselamatan. l   Peralatan yang tidak sesuai. l   Kayak berseorangan diri. l   Cuaca (hujan atau ribut). l   Tahap kecergasan dan kemahiran yang rendah. l   Penggunaan alkohol dan dadah. l   Panik apabila melalui situasi yang mencurigakan. II.     Langkah-Langkah Keselamatan l   Memakai jaket keselamatan. l   Membuat satu float plan. l   Memahami kemampuan dan keterbatasan diri sendiri. l   Memahami keadaan cuaca. l   Tidak kayak keseorangan diri. l   Sesuaikan kelengkapan dalam kayak mengikut tahap beban dan kemampuan kayak. III.     Panduan Langkah Keselamatan 1)         Safety line 1 (tali kayak) - Menghubungkan antara penumpang dengan kayak sekurang-kurangnya 2.5 meter. - Ia juga berfungsi supaya penumpang boleh menarik kayak tanpa berenang kepadanya. 2)    ...

TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK

  I.      Teknik Mengangkat Kayak Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. Antara kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan, kelekan di pinggang berpasangan, pikulan di bahu berpasangan dan mengangkat menggunakan tangan.            Pikulan Di Bahu Berseorangan. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.          Kelekan Di Pinggang Berpasangan. Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah meme...

TEKNIK ASAS DAYUNGAN

Image
 I.      Menentukan Saiz Pendayung (Paddle) Yang Sesuai      Dalam aktiviti berkayak ini terdapat banyak peralatan yang penting dan antara salah satunya ialah dayung kayak. Tidak dinafikan saiz pendayung amat penting bagi seseorang itu dalam melakukan aktiviti kayak. Hal ini kerana, kita harus menentukan saiz yang bersesuian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak dilakukan. Dalam menetukan saiz, pendayung mestilah sesuai dengan ketinggian seseorang itu dan perlu berdiri tegak sambil letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah. Saiz panjang dayung yang umum digunakan dalam bot kayak yang lebih luas dan stabil kebiasaannya antara 230 sentimeter hingga 240 sentimeter. Manakala, untuk bot kayak yang lebih sempit, kebiasaannya saiz pendayung antara 220 sentimeter hingga 230 sentimeter. Seterusnya, bagi bot kayak untuk aktiviti di laut yang hanya purata panjang antara 19 inci hingga 23 inci ini menggunakan pendayung yang bersaiz ...

TEKNIK PENYELAMAT DI AIR

Image
 Teknik Menyelamat Di Air  (Kayak)                Dalam teknik menyelamat semasa berkayak terdapat pelbagai cara dan panduan yang boleh dipraktikan bertujuan untuk menyelamat mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya dari perkara yang tidak diingini. Penyelamat harus menilai dari aspek-aspek persekitaran sebelum memasuki air. Antaranya dari aspek penilaian seperti kesedaran terhadap kebolehan fizikal diri sendiri, bantuan yang akan diperolehi, pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa dan keadaan persekitran. Selain daripada itu, aspek keadaan air, jenis dasar air dan keadaan mangsa juga penting dalam teknik menyelamat mangsa.             Antara kaedah bagi menyelamat mangsa tanpa masuk ke dalam air ialah dengan cara badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin apabila tindakan menarik mangsa yang dalam keadaan yang sukar untuk berenang. ...

DISIPLIN KEPELBAGAIAN AKTIVITI KAYAK

Image
 I.      Disiplin Kayak : Kayak Perlumbaan Pecut (Canoe Sprint Racing)      Kayak perlumbaan pecut berlangsung di jalan air yang rata dan perlumbaan dipertandingkan oleh dua jenis kapal iaitu canoe (C) dan kayak (K). Dalam canoe, pengayuh bersaing dalam posisi melangkah menggunakan ‘single-blade paddle’, berbeza dengan ‘double-bladed paddle’ yang digunakan dalam posisi duduk di kayak.      Di peringkat antarabangsa, ianya dipertandingkan dengan empat jarak iaitu dari 200m hingga 5000m, baik secara individu dan dalam pasukan. Setiap disiplin dikategorikan mengikut jenis kapal, jumlah pesaing dalam sebuah kapal, jantina, dan jarak perlumbaan.      Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik. II.      Disiplin Kayak : Slalom      Slalom adal...

PENGENALAN ORIENTEERING

       Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.       Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan ang...

SEJARAH PERKEMBANGAN ORIENTEERING

Image
I.  Sejarah Perkembangan Orienteering Global       Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunakan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permu...